“Oi! Rean! Dinner jom!”
“Aaaa jap, jap, aku tengah buat keje
ni!”
“Ala, jom ah. Lagi setengah jam aku
datang”
“Wei mangkuk! Aku tak mandi lagila!”
“Cepat pergi mandila sengal! Dah pukul
7:30 tak mandi lagi, anak dara apa kau ni”
“Wei diam ah! Banyak pulak cerita
kau ek!”
Setiap hari. Setiap hari dia
menghadap mesej yang sama dari teman baiknya. Membualkan kata-kata serupa. Pertanyaan
yang sama, dengan jawapan yang sama, yang mungkin bedanya hanya sedikit. Kasi customize
sikit, supaya tak boring. Ayat sama tiap malam: Jom dinner, makan dekat mana. Walaupun
berbeza jantina, mungkin kerana sudah terlalu rapat, temannya itu dianggap
seperti saudara sendiri. Macam adik-beradik. Biarlah orang nak kata mereka
berpacaran. Keluar berdua sampai entah mana-mana. Sampai tengah malam baru
pulang. Atau keluar tengah malam, pagi baru balik, mengukur kota Yogyakarta
dengan skuter birunya. Tapi memang hakikatnya, dia adalah teman. Yang boleh dia
kutuk, dan boleh kutuk dia balik.
Malam itu mereka keluar berdua lagi.
Mencari makan malam yang enak, dan bervariasi sedikit dari rutin. Mau makan
sedap. Dan murah. Dan itu memang gampang dicari di kota pelajar. Di tempat yang
dipenuhi dengan mahasiswa dan mahasiswi dari serata Indonesia, makanan yang
murah meriah harga mesra pelajar, mudah dicari. Cuma, harus tau mana yang tidak
menyebabkan cirit-birit, mana yang ya.
Dia mencadangkan, ayam vetsin. Ayam goreng
tepung, dihancurkan dan dicampur dengan cili padi. Pedas, enak, dan mantap. Masalahnya,
mencari warungnya. Pertama kali, dan terakhir dia ke sana adalah bersama
teman-teman sekelompok. Menaiki kereta David, walaupun hari siang terang, dia
memang menghadapi masalah mengecam jalan. Inikan pula malam pekat gelap, kerana
kurangnya lampu jalan. Antara ingat-ingat lupa, dia mengarahkan temannya ke
warung Ayam Vetsin yang entah dimana itu…
No comments:
Post a Comment