apa yang menyebabkan saya berkata begini?
sebab saya adalah pelajar tajaan kerajaan. mungkin korang sumer pikir hubungannya apa, kan?
meh sini saya terangkan.
saya adalah seorang pelajar tajaan kerajaan. dengan kata lain, saya belajar atas duit cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia yang tercinta. tapi apa yang saya buat dengan duit itu? saya lobikan dan saya laburkan atas perkara-perkara yang tidak berfaedah (contohnya, internet ni). atau menggunakan duit itu untuk pergi bercuti, atau membeli barang-barang berjenama seperti Vivienne Westwood.
bukankah itu sudah menyeleweng dari tujuan asal saya? duit itu untuk saya belajar, bukan berjoli. ini yang buat saya rasa seperti penjahat kelas B nih.
tapi tak mengapa, sebab saya bercadang untuk membayar balik tajaan saya ni. tak sanggup woo hidup atas simpati orang....sebagai orang yang berjiwa merdeka, inilah ludah yang perlu saya telan untuk mencapai cita-cita saya. kerana apa? kerana saya tidak mampu untuk membayar sendiri yuran pelajaran saya. kerana keluarga saya tidak mampu untuk mengeluarkan USD6000 setahun untuk bayar yuran saya. kerana kalau keluarga saya mampu pun, keluarga saya tak mampu nak tampung perbelanjaan harian saya (tak masuk duit sewa rumah lagi, duit tengok wayang lagi, duit shopping lagi).
dan tambah menyedihkan lagi, saya bukanlah pelajar yang top. nampak sangat macam datang sini bukan untuk belajar, tapi bermain2. syukur alhamdulillah walaupun tak masuk top 10, saya boleh jugak berbangga masuk list top 20 atau top 30.
jadi apa kesimpulan saya hari ini?
- simpan duit untuk beli gitar elektrik Ibanez buatan tangan
- simpan duit untuk beli tv
- simpan duit untuk beli PS2
- simpan duit untuk beli handbag guess
- simpan duit untuk beli beg vivienne westwood
- simpan duit untuk beli amplifier dan distortioner untuk bakal gitar saya
jadi para pembaca, bandingkan saya dengan pegawai kerajaan yang korup dan anda semua akan nampak persamaan kami.
sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment