i'm still a bunch of people that call bahasa malaysia as bahasa melayu.
sebab aku takleh terima tahap max bahasa melayu jadi bahasa malaysia...sebab apa yang malaysianya bahasa satu bangsa je? kalau nak bahasa malaysia...bahasa rojak bolehla jadi bahasa malaysia, majmuk bak kata orang hehe...
back to the topic.
kenapa aku tak tulis blog dalam bahasa melayu. alasannya mudah je. sebab BM aku berterabur. serius, memang berterabur....cakap dengan aku pun kengkadang kena dengar betul-betul dan cerna apa yang aku cuba sampaikan...agaknya macam habit keluarga kot, sebab adik-adik aku pun cakap terabur macam aku..mana dapat ntah, mak pak aku cakap bahasa melayu standard...haha..
bila aku start (ha, tengok...start..mana ntah dalam BM ada perkataan neh pun aku tatau) tulis dalam BM je, masa tu la ayat aku jadi macam budak tak penah abis skolah. sebenarnya aku rasa budak tak abis skolah pun ayat BM dia lagi baik dari aku...sekurang-kurangnya dia tak melakukan pelacuran bahasa seperti yang aku buat sekarang, secara besar-besaran pulak tuh..
dan aku rasa, sebab apa aku tulis lebih baik dalam english adalah sebab masa SPM dulu, karangan BM banyak karangan fakta..dan aku tersangatlaa (dahla ter, sangat lagi..ditambah dengan laa) benci karangan fakta. sebab bagi aku karangan fakta terlalu mengongkong, dan aku pulak, memang tak suka dikongkong (sebab tu aku tak dapat boyfriend kot..hahaha)..karangan english kan banyak guna fantasi? aku pulak suka berfantasi yang aneh-aneh dan bukan-bukan (hasil asuhan dragon ball dan terlalu banyak novel tak berkualiti yang aku baca, oh not to mention the devastating amount of comics that i read).
dan satu lagi. lepas aku masuk tingkatan 1 je aku dah tak jumpa buku BM yang bermutu untuk bacaan remaja. gilakah nak suruh aku baca buku A Samad Said masa aku umur 13 tahun? buku-buku BM masa tu sumer tak mengikuti perkembangan semasa. kejap-kejap citer tentang ali, ah seng dan linggam terserempak dengan kegiatan penyeludupan secara tak sengaja. atau ntah apa-apa lagi ntah yang aku dah tak ingat lagi. sekarang ni, kalau ingat-ingat balik, buku-buku BM yang aku suka baca kebanyakannya terjemahan dari cerita-cerita Enid Blyton atau serial The Three Investigators. bila dah nak dekat habis sekolah barulah aku jumpa Faizal Tehrani, yang ni memang pengarang kegemaran aku...jatuh cinta abis dengan cerita Kerana Manisnya Epal dalam buku cerpen wajib SPM tuh...mana taknya, kajian yang mendalam dan teliti, sampaikan aku yang benci epal ni pun terasa nak makan...(ye tuan-tuan, aku tak suka makan buah, sekian terima kasih)
ha.
apa lagi yek. satu lagi aku neh kengkadang suka layan jiwang. tapi aku paling tidak boleh menerima diri melayan jiwang dalam BM sebab jiwang yang teramat sangat sampaikan aku rasa macam nak muntah. ni sumer akibat dicuciotak dengan lagu-lagu melayu yang sucks gler tahap maximus primus. oh, lagu-lagu pop melayu yang popular kat radio tuh..bukan underground yek..(aku tak dengar underground, aku budak baik..haha).
bukan aku tak sayang bahasa sendiri, aku sayang, heck aku cakap sehari-hari pakai bahasa melayu apa...tapi bila nak tulis tu, aku rasa idea aku lagi senang kuar dalam bahasa inggeris..walaupun entri ini lebih tersusun pola ceritanya dari entri-entri aku yang lain (wahahahaha...pola cerita....kagum,kagum)
jadi..mengikut kesimpulan di atas....aku tak mampu untuk menulis dalam BM...sebab kalau dalam BM aku akan mempunyai perasaan untuk membetulkan ejaan dan tatabahasa aku...lagipun BM leceh dan panjang arrr...aku ni dahla pemalas tahap dewa ke180!!!
*yet another crappy entry by rean....total blog whoring at 4am...lack of sleep due tu "memblogeffikan diri" (talk about word whoring...what kind of word is "memblogeffikan"? same goes as "jentena" or "anterez" or what ever crap that i've created..)
well..there you go. rean sucks. hahaha
2 comments:
pls consider not to write in bahasa again in near future.. lol!
;)
i can never write in bahasa in proper relaxed way..it's either too rigid or too lose..i mean, it's either too relaxed (like my entry here) or too rigid (like my entry later).haha
Post a Comment